May 2, 2013

Me as A Student

Assalammualaikum.
Sebelum ni empunya blog tak pernah share pasal diri sendiri kan?
Hmm..dekat-dekat tarikh meningkatnya usia ni,tiba-tiba rasa nak share cerita pasal diri sendiri pulak.
Mudah-mudahan ada yang sudi nak membaca >_<

Okay..lemme start.

EA (shortform for Erynn Anyssa) *which is me!hihi  adalah mahasiswi sebuah universiti terkemuka nun jauh di utara Malaysia.Terkemuka you..siap ada trending kat twitter lagi.Tapi pasal tu entry lain lah yek.Pelajar tahun satu Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa.Dah namanya antarabangsa,haruslah kawan-kawan EA pun berwajah antarabangsa kan.Pick it up,Somalia,Indonesia,Pak Arab,Thailand,semua ada.Tapi most of foreigner student ni tak berkawan sangat dengan bebudak Malaysia yang ouhsem ni.Tak tahulah kenapa.Tapi kami bebudak Malaysia yang ouhsem ni tak kisah sangat *ye ke gitu?

Being in the university life is totally different from my previous chapter of life.Sebab EA dulu student Form 6,so masa mula-mula masuk campus life dulu,ada jugak rasa culture shock.Bukan homesick okay!
Diulangi ,CULTURE SHOCK!Most of the shock comes bila time nak buat assignment and spending the money.Tapi Alhamdulillah,semuanya dapat dilalui dengan baik berkat sokongan semua pihak * big applause
Sekarang ni dah menjengah semester dua dan masih steady. :D

Talking about my course,since EA sekarang ni baru first year student,so most of the subjects adalah university core subject and school (faculty) core subject.Ramai kawan-kawan yang lain course pun ambil subject yang sama,so time kelas tu memang ramailah yang EA kenal.Siap boleh hoi sana hoi sini lagi tau.Tapi before lecturer masuk la.Time lecturer ada buat perangai gitu mau kena tindakan tatatertib EA karang..huhu..taknakla macam tu.EA ni menggalas harapan banyak pihak.Taknak kecewakan mereka >",<

Dulu cikgu EA pernah cakap,campus life ni adalah antara time yang paling best dalam hidup.So,siapa yang tak sambung belajar memang rugi.Rugi sangat-sangat.Walaupun EA rasa masa tu dia cakap sekadar nak bagi semangat pada EA dan kawan-kawan,tapi sekarang EA terfikir yang kata-kata dia memang ada kebenarannya.Sebab EA happy and enjoy my campus life.EA ada join few clubs annd societies dekat sini and Alhamdulillah,experience yang EA dapat tu memang terbaik.Sangat-sangat berguna untuk masa sekarang dan masa depan.So kepada adik-adik *bajet kakaklah sangat :P yang masih berkira-kira nak sambung belajar ke tidak tu lepas dah keluar result ni,jangan sia-siakan peluang yang anda dapat.Kalau ada ruang,teruskan jihad untuk belajar.Fikir tentang masa depan,sebab keluarga takkan tanggung kita selamanya.
Sebab itulah jugak EA ambil keputusan untuk sambung belajar.Dan Alhamdulillah,Allah permudahkan.

Sampai sini dulu,nanti ada cerita EA tulis lagi ya.

XOXO,
Erynn Anyssa.

1 comment:

  1. Betul3, campus life mmg best, Teena dulu suka join aktiviti kelab/society, dpt ramai kwn baru..tp skang dah xd, tgh prakt... Rindu my campus life...

    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete

Thank You for Always Supporting Me!