September 16, 2012

Novelog:Kisah Kau dan Aku-Part 3

"Ayraa..minggu depan awak ikut saya pergi meeting dekat Cherating",terkejut aku tiba-tiba dengar suara Encik Ameer depan meja aku ni.Entah bila dia masuk pun aku tak perasan.Mentang-mentanglah ni company bapak dia.
"Ikut Encik Ameer pergi meeting?Tapi bukan ke selalu Maizura yang akan follow Encik Ameer?Saya tak naklah nanti dia fikir yang saya ni nak merampas tugas dia pulak,"aku tolak dengan baik arahan Encik Ameer,walaupun pada hakikatnya aku tak patut menolak arahan dia sebagai bos, :)
"Ayraa,Mai dah bagitahu saya hari tu adik dia kahwin,takkan dia nak ikut saya pergi Cherating.Sebab tu saya ajak awak ikut saya".Hiss mamat sorang ni.Suka-suka dia je nak ajak aku ikut dia pergi meeting.Dah la kerja aku kat office ney melambak-lambak dia bagi.Project dengan company German tu lah,project kat kampung dekat Johor tu lah.Tension aku!
"Err..ye lah Encik Ameer.Bila meeting tu?Berapa hari?"
"Meeting tu sehari je,tapi saya nak awak ikut saya 3 hari.Saya nak pergi survey kawasan pelancongan yang berpotensi kat kawasan Cherating tu untuk buka homestay.Kita bertolak petang esok.So,esok awak kerja half day je,ok?"
Aku angguk je.Malas nak jawab.Karang aku tanya banyak,makin loyar buruk pulak bos aku ni.Baik diam..hehe.
Akhirnya tibalah hari yang ditunggu,iaitu hari esoknya.Tapi aku tak tunggu sangat pun sebenarnya.In fact,kalau ada alasan aku boleh bagi untuk tak pergi dengan dia,comfirm aku tak pergi.Encik Ameer siap datang jemput aku kat depan pintu pagar rumah.Nasib baiklah dia tak  masuk rumah bujang kitorang ni menjemput aku.Kalau tidak,naya..
Lepas masukkan barang-barang aku dalam kereta,kitorang pun ambil la tempat masing-masing.Dan sudah tentulah Encik Ameer sebagai driver,hahaha.
"En. Ameer,bawak kereta ni jangan laju-laju sangat ya,saya ni belum kahwin,"sempat lagi aku berpesan pada bos aku ni.Aku pernah tengok dia bawak kereta macam drifter masa dia lewat masuk meeting hari tu.Seram aku tengok cara dia drive.
"Awak tak payah risau la pasal tu Ayraa,even masa saya test JPJ dulu  penguatkuasa tu pernah cakap yang saya ni berbakat dan berpotensi jadi pemandu berhemah,"sempat lagi dia berloyar buruk.Mencik!
"Lagi satu,apa kata awak kahwin je la dengan saya.Saya pun senang,ada orang jaga makan pakai saya.Awak pun senang,nak pergi kerja boleh tumpang saya",Ameer sambung bicara.
Tengok,ada ke situ dia fikir?Pergi kerja boleh tumpang kereta dia?Tak ada alasan kukuh lagi ke dia nak bagi?Aku dok monolog sorang-sorang.
Hei Ayraa,kau dah jatuh hati kat bos kau ke?
Eh..eh...tak,tak.Mana ada.
Habis kenapa kau ambik kisah ayat sengal dia tadi tu?
Err...aku cuma terfikir je takde alasan lain yang lagi bagus ke.
Haaaaaaa...kau suka dia ek?Ayraa suka Ameer.Ayraa suka Ameer.
Gila kau.
Tapi kalau betul pun apa masalahnya?Kau single,dia pun single.

To be continue...

Baca kat sini >_<
Part 1
Part 2

March 17, 2012

Kisah Kau dan Aku Part 2

Kisah kau dan aku Part 1


aku senyum sorang2 sambil kacau nescafe susu Harith Iskandar yang halus tu."Oi makcik!"housemate aku
merangkap kawan baik aku merangkap pengkritik masakan aku menyergah aku macam nak mintak hutang dengan aku.makcik adalah panggilan mesra kitorang,bukan sebab aku ney mak sedara dia ke atau mak dia anak sedara aku."yang kau senyum sorang2 tengok nescafe kau tu apsal?nampak harith iskandar ke kat dalam tu?kau jangan.....laki orang tu"."takla makcik,aku teringat kes siang tadi la.bos aku tu loyar buruk benar ngan aku,dah la aku datang interview lambat,nasib la dia tak marah aku.kalau tak,aku kena cari kerja kat company lain la nampaknya".

"kau ney pelikla makcik,harta bapak kau dah bertimbun2,company bapak kau belambak kat Malaysia ney,yang kau nak cari kerja kat tempat orang jugak kenapa?"."saja..hehe"pendek je jawapan aku."ok aku nak p layan youtube jab,dah dua tiga ary tak jumpa buah aty aku si Anuar Zain tu,dia janji nak nyanyi lagu baru kat aku malam ney,selamat malam makcik..hehe"aku memblahkan diri dari situ.lagi lama aku kat situ lagi banyak plak makcik ney membebel kang.Pelik aku kenapa dia tak amik course journalism kat u dulu,sesuai sangat la dengan hobi dya yang suka membebel tu,ney dia p amik course Counselling,kang orang jumpa dya nak bagi hilang tension,lagi tambah tension adala.

Pagi tu aku bangun dengan semangat baru,ye lah kena semangat la kan,hujung bulan ney dah dapat pegang duit sendiri...hehe.Aku sampai awal kat pejabat ary tu,lagi awal dari si retiss Miasara tu.Masa pintu lif nak tutup,tetiba ada tangan macho halang.terkejut aku,nasib baik tak melatah.tidak tak pasal2 hilang keawesoman aku pagi tu.tangan tu milik bos rupanya.oh takpe2,nasib baik kau bos,,hehe.
"awal awak sampai ary ney,Ayraa?""oh,saya tumpang lori ayam pagi tadi,tu yang sampai awal tu,tapi En. Ameer jangan risau,saya dah sembur perfumes dah,tak bau ayam punya..hehe.""baguslah kalau macam tu,kalau ada yang pengsan kat office nanty saya kiss awak karang!*dasat bos aku ney,suka2 je nak kiss orang,haahaa!

sedar tak sedar dah tiga bulan aku kerja kat situ,dan sedar tak sedar jugak hubungan aku dengan bos makin rapat.ye la mana taknya,aku yang kena mengekor dia pergi meeting la,pergi site la,pergi kursus la,pergi honeymoon la,ok yang last tu aku tipu..hehe.Staf2 lain pun perasan yang aku memang rapat dengan bos,malah cik retiss Miasara pernah cakap ngan aku yang bos tak pernah serapat ney dengan staf perempuan yang lain.Aku cakap mungkin aku ney pun sama loyar buruk dengan bos kot,sebab tu kitorang rapat.Miasara gelak sambil datang bisik kat telinga aku "I rasa bos dah jatuh haty kat u la dear,hehe".Aku gelak,then aku blah dari situ.jalan selamat.hehe

to be continued in part 3....
























Klik iklan kat bawah jika suka entry ney!Suka entry kat atas?Like di Facebook anda!