January 28, 2013

Jadilah Orang yang Tahu Bersyukur



Assalammualaikum.

Jadilah orang yang tahu bersyukur.Titik.Boleh macam tu?Haha.

Ok tak.Mari kita ceghita pasal syukur.*Loghat Kedah di situ.Ya saya oghang Kedah.
Bukan Syukur Rosli(ini senior saya,haha) mahupun kenduri kesyukuran.
Ini pasal perasaan syukur.Rasa syukur.
Maksudnya,kita sebagai hamba Allah ini rasa bersyukur dengan apa yang Allah kurnia pada kita.
Rasa berterima kasih.Rasa cukup dengan apa yang ada.
Sebab kalau kita rasa kita ni paling susah,ada lagi orang yang lebih susah dari kita.
Kalau kita rasa kita ni dah hadapi ujian yang paling teruk,sebenarnya ada lagi orang yang Allah bagi ujian yang lebih teruk dari kita.
So,jadilah orang yang tahu bersyukur.
Sentiasa ingat,Allah tak akan uji kita melainkan dengan ujian yang akan kita mampu hadapi.Faham tak?Ke berbelit ayat saya? :)
Tapi,dalam bersyukur pun,Allah suruh kita usaha jugak.Usaha untuk dapatkan hidup yang lebih baik.
Usaha untuk tingkatkan taraf hidup.Bukannya bila dah kata bersyukur tu,tak usaha langsung.Takmo macam tu,takmo,takmo sambil goyang cari telunjuk.
Sekian untuk kali ini,assalamualaikum :)

Syukur kepada segala nikmat Allah

Till meet again,XOXO.

1 comment:

  1. jarang manusia nak bersyukur. Tapi jika mahu mengucap terima kasih kepada manusia kita kata "terima kasih sambil tersenyum", jika mahu ucap terima kasih kepada Allah pula bersyukurlah dengan apa adanya yang diberikan.

    ReplyDelete

Thank You for Always Supporting Me!