September 16, 2012

Novelog:Kisah Kau dan Aku-Part 3

"Ayraa..minggu depan awak ikut saya pergi meeting dekat Cherating",terkejut aku tiba-tiba dengar suara Encik Ameer depan meja aku ni.Entah bila dia masuk pun aku tak perasan.Mentang-mentanglah ni company bapak dia.
"Ikut Encik Ameer pergi meeting?Tapi bukan ke selalu Maizura yang akan follow Encik Ameer?Saya tak naklah nanti dia fikir yang saya ni nak merampas tugas dia pulak,"aku tolak dengan baik arahan Encik Ameer,walaupun pada hakikatnya aku tak patut menolak arahan dia sebagai bos, :)
"Ayraa,Mai dah bagitahu saya hari tu adik dia kahwin,takkan dia nak ikut saya pergi Cherating.Sebab tu saya ajak awak ikut saya".Hiss mamat sorang ni.Suka-suka dia je nak ajak aku ikut dia pergi meeting.Dah la kerja aku kat office ney melambak-lambak dia bagi.Project dengan company German tu lah,project kat kampung dekat Johor tu lah.Tension aku!
"Err..ye lah Encik Ameer.Bila meeting tu?Berapa hari?"
"Meeting tu sehari je,tapi saya nak awak ikut saya 3 hari.Saya nak pergi survey kawasan pelancongan yang berpotensi kat kawasan Cherating tu untuk buka homestay.Kita bertolak petang esok.So,esok awak kerja half day je,ok?"
Aku angguk je.Malas nak jawab.Karang aku tanya banyak,makin loyar buruk pulak bos aku ni.Baik diam..hehe.
Akhirnya tibalah hari yang ditunggu,iaitu hari esoknya.Tapi aku tak tunggu sangat pun sebenarnya.In fact,kalau ada alasan aku boleh bagi untuk tak pergi dengan dia,comfirm aku tak pergi.Encik Ameer siap datang jemput aku kat depan pintu pagar rumah.Nasib baiklah dia tak  masuk rumah bujang kitorang ni menjemput aku.Kalau tidak,naya..
Lepas masukkan barang-barang aku dalam kereta,kitorang pun ambil la tempat masing-masing.Dan sudah tentulah Encik Ameer sebagai driver,hahaha.
"En. Ameer,bawak kereta ni jangan laju-laju sangat ya,saya ni belum kahwin,"sempat lagi aku berpesan pada bos aku ni.Aku pernah tengok dia bawak kereta macam drifter masa dia lewat masuk meeting hari tu.Seram aku tengok cara dia drive.
"Awak tak payah risau la pasal tu Ayraa,even masa saya test JPJ dulu  penguatkuasa tu pernah cakap yang saya ni berbakat dan berpotensi jadi pemandu berhemah,"sempat lagi dia berloyar buruk.Mencik!
"Lagi satu,apa kata awak kahwin je la dengan saya.Saya pun senang,ada orang jaga makan pakai saya.Awak pun senang,nak pergi kerja boleh tumpang saya",Ameer sambung bicara.
Tengok,ada ke situ dia fikir?Pergi kerja boleh tumpang kereta dia?Tak ada alasan kukuh lagi ke dia nak bagi?Aku dok monolog sorang-sorang.
Hei Ayraa,kau dah jatuh hati kat bos kau ke?
Eh..eh...tak,tak.Mana ada.
Habis kenapa kau ambik kisah ayat sengal dia tadi tu?
Err...aku cuma terfikir je takde alasan lain yang lagi bagus ke.
Haaaaaaa...kau suka dia ek?Ayraa suka Ameer.Ayraa suka Ameer.
Gila kau.
Tapi kalau betul pun apa masalahnya?Kau single,dia pun single.

To be continue...

Baca kat sini >_<
Part 1
Part 2