October 6, 2011

Kisah Kau dan Aku:Part 1

"Habislah..dah lambat ni.Dah la hari ni first day aku masuk kerja.Habislah..memang masak la aku nanti ngan bos".Tiga empat orang staf menjeling kat aku.Comfirm hairan la tu tengok aku cakap sorang-sorang dari tadi.

Aku sampai di depan meja penyambut tetamu.Wahh..sungguh awesome penyambut tetamu Ameer Holding ney.Nama pun macam artis,MIASARA.Aku rasa,kalau dia pergi apply kat Prof Razak tu nak jadi pelakon nana tanjung 3 ke,mesti dapat punya.

"err..cik,saya Ayraa.Bos ada tak?",sungguh tak gramatis dan konsisten ayat aku .Gementar punya pasal,ayat penuh sopan santun budi bahasa yang aku karang dalam kereta tadi habis terbang dibawa angin lalu.

"owh,Cik Ayraa,designer baru tu ya?". Aku angguk.Senyuman paling manis abad ini aku bagi ."Ikut saya,bos memang tengah tunggu Cik Ayraa",dia bangun dengan ayunya.BOS DAH TUNGGU!haa..kan aku dah cakap,memang masakla aku...

ENCIK AMEER B HAMZAH,PENGARAH URUSAN. Sempat aku baca apa yang ditulis kat pintu tu je."Assalammualaikum",penuh sopan santun aku bagi salam.Kalah Puteri Gunung Ledang punya lemah lembut. Elok-elok aku tengah ushar dia, dia angkat muka.Speechless.Dua-dua.Tak tahu kenapa.Nak kata sebab muka dia handsome sangat,bangla hujung jalan rumah aku tuh smart lagi.

Dia tengok jam.Pukul sepuluh.Pastu tengok aku,selamba je dia cakap,"Hmmm..ayah awak ada share ke kat syarikat ni?First day pun dah lambat".
Aku mati kata.Tak tahu nak bagi alasan apa lagi.
"Since hari ni awak masuk kerja lambat,saya bagi peluang kat awak untuk start kerja officially esok. Hari ni awak tengok bilik awak dulu,then kenal-kenal dengan officemate awak".Cepat je bibir aku menguntum senyum.Ini baru best!