December 29, 2013

A combination

Assalammualaikum,readers.
Masih sudikah anda menjengah blog saya ini?
Kalau sudi,terima kasih.
Kalau sudah berpatah arang,apakan daya.>_<

Hari-hari saya buka bloglist,belek-belek cerita baru blogger lain.
Cerita diorang kahwin,dapat anak,pasal kerja,keluarga.
Sometimes seronok bila tengok orang lain happy.
Kita yang baca pun tumpang happy.Heheh
Tapi itulah,masa nak menulis idea takde pulak.
Idea selalu datang time tak kena.Masa dalam bas,masa nak tido,masa mandi.Huihhhh

Ingat tak saya pernah cerita pasal hobi saya dulu?
Sekarang Alhamdulillah,hobi tu dah boleh jadi business sikit-sikit.
Makeup kalau minggu-minggu dinner tu bolehla 3-4 orang.
Tempahan photoprops pun ada,tempahan scrapbook pun ada.
Nanti saya publish ye pic props dan scrapbook tu.
In case kalau readers kesayangan saya ni nak bertunang ke,kahwin ke,
boleh la tempah dengan saya kan,kan.hehe

Sekarang dah hujung sem.MUSIM FINAL EXAM yow!Kena bekerja keras,means belajar dengan lebih tekun.Nanti kacau pointer,parah saya.hehe.Ha ni nak sambung study balik ni.Doakan saya ya :)

Till then, XOXO,
EA.





November 2, 2013

BLOGMUTE

Assalammualaikum..
Maaf saya dah macam biskut chipsmore.Sangat chipsmore.Chipsmore terlampau.
Dah berbulan tak tulis entry.Padahal boleh je baca blog orang lain tiap-tiap hari.
Bukan apa,idea tu tak mari.Belum sampai seru.
Apa?Ingat nak pergi haji saja kena ada seru?>_<
Nak menulis pun kena ada seru tau..:)

Dan malam ini,Alhamdulillah,seru dah sampai.
Banyak pulak serunya tahu tak.
Macam nak menulis patploh entry sekaligus pulak rasanya.
Tapi bak kata tokwan kita dulu,jangan tamak.Nanti apa pun tak dapat.Punah.

Okay sekarang mari kita bercerita kenapa dan kemana saya menghilang.
In case kalau awak-awak semua nak tahu dan sudi nak tahu la.

Pertama,saya tak hilang di mana-mana.Kalau tak percaya boleh je call PDRM tanya ada tak nama saya dalam senarai orang hilang.Tapi kena guna nama penuh saya la kan.hehe.
Cuma harus saya akui sejak start semester baru ni,hidup saya sangatlah hectic dan padat.
Boleh dikatakan hari-hari penuh je aktiviti nak kena buat.Selain kelas la kan.itu wajib.
Alhamdulillah so far Allah permudahkan walaupun penatnya ya Robbi.
Dapat pulak peluang jadi siswa pilihan untuk satu slot dalam Galaksi Kampus.Once dah publish semua nanti saya buat satu entry khas pasal Galaksi Kampus ni ya.

Oh ya,masa cuti raya hari tu sempat pergi Pulau Aman.Dekat Pulau Pinang.
Cantik tempatnya.Tapi pulau ni takla besar mana.Even kenderaan yang boleh digunakan dekat pulau tu cuma motosikal dan basikal je.Laluan pejalan kaki selebar lebih kurang 4 kaki disediakan untuk kemudahan pelancong di Pulau Aman.Eh dah macam blog pelancongan pulak dah.Hehe.Maklumat lanjut awak-awak semua boleh terjah kat sini ya.




Some of the picture taken there.Gambar bawah ni yang warna putih tu sebenarnya kulit-kulit kerang.



nah gambar tuan blog bersama lesung batu pipitnya.In case kalau korang rindu.

till then,XOXO,
Erynn Anyssa.

July 27, 2013

Hobi Saya

Assalammualaikum!!

Tajuk dah macam tajuk karangan time sekolah rendah dulu kan?hehe.Tapi saya bukan nak buat karangan tau.Just nak share dengan korang apa yang saya suka buat masa free time. *Tapi kadang-kadang masa tak free pun aku lenjan juge!hehe

1.Sewing a.k.a menjahit.

Iolls tak jahit baju.Iolls just jahit beadings and laces dekat baju and tudung.Puas hati tengok baju/tudung tu dari just plain and vain jadi bling-bling dan berseri-seri bila tambah lace dengan manik-manik.Lagi satu,jimat tau tak bila jahit sendiri.Jimat sangat.Kadang-kadang harga baju/tudung yang dijual kat kedai/online stores tu mahal berganda.Sedangkan asalnya baju/tudung tu just plain je.Jahit manik sikit kat situ sini,ha jual dengan harga 3 kali ganda.Saya kan student lagi.Mana mampu nak beli baju mahal-mahal.Jadi inisiatifnya buat sendiri la.Lagi puas hati.hehe.

2.Membaca

Yang ni macam oldschool sikit kan.Macam jawapan kita dalam karangan dulu.Atau macam yang kita tulis dalam buku biodata diri nak bagi kat kawan yang nak pindah sekolah tu.Tapi haku kesah apa!haha.Saya baca semua benda,tak specific pada sesetengah topik saja cam beauty and wellness,fashion,atau chocolate je.huhu.Dan dari semua sumber macam newspaper,blogs,buku-buku.Brosur dan phamplet pun saya baca.As long as I get something new.huhu.Cuma sampai sekarang ni tak mampu nak membaca hati manusia ja.>_<

3.Melawa @ menjadi cantik

Ha yang ni paling saya suka.Saya bukan jenis yang obses dengan shawl atau pun tutorial nak belit lilit shawl.Kalau saya suka corak shawl tu,baru saya beli.Tapi dalam range harga yang saya mampu la.huhu.Lagi satu,kalau masa rushing,saya tak kan pakai shawl,sebab comfirm tak jadi punya.Bawal tetap menjadi pilihan.Seorang penjaga kulit yang sangat obses nak bagi kulit glowing,lembut dan berseri.Tapi takde sampai tak bagi kulit kena panas langsung.Sekali-sekala tak boleh manjakan sangat kulit ni ha.Sekarang sangat menggilai mekap dan mask.

Sekian dahulu sampai di sini.

XOXO,
Erynn Anyssa.


July 18, 2013

Its Zalooooooorraaaa!!!

Assalammualaikum.Puasa tak ni?Harap-harap semua puasa lah ek.Yang ABC tu takpe,nama pun Allah Bagi Cuti kan?hehe...

Pernah shopping kat Zalora tak?Kalau belum pernah lagi,ni ha meh nak bagi kod baucar diskaun kat korang.Boleh la korang shopping untuk raya nanti,heheh.Nanti bila dah siap pilih kasut/baju/seluar/mekap yang korang nak beli dekat zalora tu,korang key-in je kod ni untuk dapatkan diskaun sebanyak 15%.

ZBAP0zv
Selamat bershopping!!!!

p/s : Kalau korang lupa kod tu nanti tengok kat sidebar tau :)

p/s/s: eh nanti jangan lupa tengok kat insta kita update pasal zalora ni!


July 13, 2013

Konvensyen Usahawan Muslim : Eh Jom Berbisnes Macam Diorang :)

Konvensyan Usahawan Muslim 


Pernah dengar tak pasal Konvensyen Usahawan Muslim ni?Kalau tak pernah,jom pernahkan.hehe.Sebab speaker-speaker untuk konvensyen ni semua hebat-hebat.Rugi tau kalau tak join.Lagi-lagi para-para bisnesman bisneswoman kat luar sana tu.Harga tiket tu berbaloi sangat dengan ilmu-ilmu yang akan dikongsi nanti.Jom la join.Nanti kita jumpa kat sana ya :).


Maklumat lanjut dan nak beli tiket??Tengok kat SINI.