July 18, 2013

Its Zalooooooorraaaa!!!

Assalammualaikum.Puasa tak ni?Harap-harap semua puasa lah ek.Yang ABC tu takpe,nama pun Allah Bagi Cuti kan?hehe...

Pernah shopping kat Zalora tak?Kalau belum pernah lagi,ni ha meh nak bagi kod baucar diskaun kat korang.Boleh la korang shopping untuk raya nanti,heheh.Nanti bila dah siap pilih kasut/baju/seluar/mekap yang korang nak beli dekat zalora tu,korang key-in je kod ni untuk dapatkan diskaun sebanyak 15%.

ZBAP0zv
Selamat bershopping!!!!

p/s : Kalau korang lupa kod tu nanti tengok kat sidebar tau :)

p/s/s: eh nanti jangan lupa tengok kat insta kita update pasal zalora ni!


July 13, 2013

Konvensyen Usahawan Muslim : Eh Jom Berbisnes Macam Diorang :)

Konvensyan Usahawan Muslim 


Pernah dengar tak pasal Konvensyen Usahawan Muslim ni?Kalau tak pernah,jom pernahkan.hehe.Sebab speaker-speaker untuk konvensyen ni semua hebat-hebat.Rugi tau kalau tak join.Lagi-lagi para-para bisnesman bisneswoman kat luar sana tu.Harga tiket tu berbaloi sangat dengan ilmu-ilmu yang akan dikongsi nanti.Jom la join.Nanti kita jumpa kat sana ya :).


Maklumat lanjut dan nak beli tiket??Tengok kat SINI.

July 3, 2013

Istiqamah sikit!!

Assalammualaikum.


Last entry bulan 5.Sekarang dah masuk bulan 7.Gap sebulan tu.huhu.Tapi takpe,bulan 6 tu exam month,sibuk study *study lah sangat kan....:P

Kononnya bila dah menjengah Julai ni nak start balik blogging la.Nak jadi blogger yang rajin menulis.Azam tu.Orang buat azam awal-awal tahun,saya buat dekat nak habis tahun..huhu.But,nevermind,yang penting ada usaha kan.

Now dah start semester break.Almost two months ++ jugak la.Lama tuh.Memandangkan universiti dah bagi cuti yang lama,maka haruslah dimanfaatkan demi kebaikan manusia sejagat.Wah..kelas statement kite kan :).So,now saya kerja kejab dekat design company.Baru beberapa hari kerja kat sana,tapi saya suka sangat suasana dia.Staff tak ramai mana pun,tapi masyaAllah riuh macam sekampung.haha.Itulah yang bagus kan??

Q-So apa perancangan anda selepas ini??

A-Nak rajin-rajinkan diri menulis!!!Tahu tak novelog tu dah berapa lama terbengkalai?Idea pun dah terbang merata.Semangat watak-watak novelog tu pun dah tak meresap dalam jiwa.Ini tak boleh jadi ni.Lagi satu,banyak benda saya nak tulis.Sebab saya ni selalu lupa.At least,by write it up dalam blog,boleh baca balik nanti :).

Jadi apa yang penting???Kerjasama?NO.Chocolate?BIG NO.

ISTIQAMAH :).
Moga Allah mempermudahkan.InsyaAllah.

XOXO,Erynn Anyysa.

May 2, 2013

Me as A Student

Assalammualaikum.
Sebelum ni empunya blog tak pernah share pasal diri sendiri kan?
Hmm..dekat-dekat tarikh meningkatnya usia ni,tiba-tiba rasa nak share cerita pasal diri sendiri pulak.
Mudah-mudahan ada yang sudi nak membaca >_<

Okay..lemme start.

EA (shortform for Erynn Anyssa) *which is me!hihi  adalah mahasiswi sebuah universiti terkemuka nun jauh di utara Malaysia.Terkemuka you..siap ada trending kat twitter lagi.Tapi pasal tu entry lain lah yek.Pelajar tahun satu Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa.Dah namanya antarabangsa,haruslah kawan-kawan EA pun berwajah antarabangsa kan.Pick it up,Somalia,Indonesia,Pak Arab,Thailand,semua ada.Tapi most of foreigner student ni tak berkawan sangat dengan bebudak Malaysia yang ouhsem ni.Tak tahulah kenapa.Tapi kami bebudak Malaysia yang ouhsem ni tak kisah sangat *ye ke gitu?

Being in the university life is totally different from my previous chapter of life.Sebab EA dulu student Form 6,so masa mula-mula masuk campus life dulu,ada jugak rasa culture shock.Bukan homesick okay!
Diulangi ,CULTURE SHOCK!Most of the shock comes bila time nak buat assignment and spending the money.Tapi Alhamdulillah,semuanya dapat dilalui dengan baik berkat sokongan semua pihak * big applause
Sekarang ni dah menjengah semester dua dan masih steady. :D

Talking about my course,since EA sekarang ni baru first year student,so most of the subjects adalah university core subject and school (faculty) core subject.Ramai kawan-kawan yang lain course pun ambil subject yang sama,so time kelas tu memang ramailah yang EA kenal.Siap boleh hoi sana hoi sini lagi tau.Tapi before lecturer masuk la.Time lecturer ada buat perangai gitu mau kena tindakan tatatertib EA karang..huhu..taknakla macam tu.EA ni menggalas harapan banyak pihak.Taknak kecewakan mereka >",<

Dulu cikgu EA pernah cakap,campus life ni adalah antara time yang paling best dalam hidup.So,siapa yang tak sambung belajar memang rugi.Rugi sangat-sangat.Walaupun EA rasa masa tu dia cakap sekadar nak bagi semangat pada EA dan kawan-kawan,tapi sekarang EA terfikir yang kata-kata dia memang ada kebenarannya.Sebab EA happy and enjoy my campus life.EA ada join few clubs annd societies dekat sini and Alhamdulillah,experience yang EA dapat tu memang terbaik.Sangat-sangat berguna untuk masa sekarang dan masa depan.So kepada adik-adik *bajet kakaklah sangat :P yang masih berkira-kira nak sambung belajar ke tidak tu lepas dah keluar result ni,jangan sia-siakan peluang yang anda dapat.Kalau ada ruang,teruskan jihad untuk belajar.Fikir tentang masa depan,sebab keluarga takkan tanggung kita selamanya.
Sebab itulah jugak EA ambil keputusan untuk sambung belajar.Dan Alhamdulillah,Allah permudahkan.

Sampai sini dulu,nanti ada cerita EA tulis lagi ya.

XOXO,
Erynn Anyssa.

April 1, 2013

E.H.F.A.R

Everything happens for a reason



Assalammualaikum.
Abaikan kechipsmoran saya.
Tapi bila dah tulis ni silalah baca. :)

Sebelum anda tertanya-tanya apa itu E.H.F.A.R,lemme tell you.
It stand for EVERYTHING HAPPEN FOR A REASON.
Comel kan tetibe eja EHFAR?haha
Sekarang semua benda comel bagi saya.
Entahlah mudah sangat bagi gelaran comel.
Nasi goreng sedap pun saya kata comel.
Perubahan hormon dalam badan kot.
Biasalah budak-budak nak membesar kan. >_<

Tapi,tapi,tapi,tapi...
Bukan nak cerita pasal comel kat sini.
Sekarang nak cerita pasal EHFAR ni.

Look,have you ever,once,sit down and thing about this?
That anything that happen in your life,there lies 1001 reasons behind it?
Kadangkala,kita sebagai manusia tak terfikir semua ni.
Bila sesuatu benda terjadi dalam hidup kita,selalunya kita lebih suka cari kesalahan,tak kira diri sendiri ataupun orang lain.
Contoh,kalau kita terlanggar kereta orang,kita akan blamekan tuan punya kereta tu.Marahkan dia,cakap yang bukan-bukan.Tapi sebenarnya Allah aturkan kita terlanggar sikit je kereta orang tu sebab nak elakkan kita dari accident yang lebih teruk.
Contoh lagi,kita ni jenis workaholic,kerja teruk sampai tak cukup rehat.Then,Allah uji kita sikit je,bagi kita jatuh sakit.Sampai kena mc.Kita marah-marah,cakap kenapa kita yang dapat sakit ni,kenapa tak orang lain,kerja kita banyak-banyak tu nanti sapa nak buat.Hey,kita marah siapa ni?Marah Allah?Ingat tak Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan hamba itu.Mungkin sebab kita workaholic sangat,kita lupa Allah.Jadi Allah uji kita sebab nak ingatkan kita balik kat DIA je.

EHFAR. :)

XOXO,EA.