Assalammualaikum..
Maaf saya dah macam biskut chipsmore.Sangat chipsmore.Chipsmore terlampau.
Dah berbulan tak tulis entry.Padahal boleh je baca blog orang lain tiap-tiap hari.
Bukan apa,idea tu tak mari.Belum sampai seru.
Apa?Ingat nak pergi haji saja kena ada seru?>_<
Nak menulis pun kena ada seru tau..:)
Dan malam ini,Alhamdulillah,seru dah sampai.
Banyak pulak serunya tahu tak.
Macam nak menulis patploh entry sekaligus pulak rasanya.
Tapi bak kata tokwan kita dulu,jangan tamak.Nanti apa pun tak dapat.Punah.
Okay sekarang mari kita bercerita kenapa dan kemana saya menghilang.
In case kalau awak-awak semua nak tahu dan sudi nak tahu la.
Pertama,saya tak hilang di mana-mana.Kalau tak percaya boleh je call PDRM tanya ada tak nama saya dalam senarai orang hilang.Tapi kena guna nama penuh saya la kan.hehe.
Cuma harus saya akui sejak start semester baru ni,hidup saya sangatlah hectic dan padat.
Boleh dikatakan hari-hari penuh je aktiviti nak kena buat.Selain kelas la kan.itu wajib.
Alhamdulillah so far Allah permudahkan walaupun penatnya ya Robbi.
Dapat pulak peluang jadi siswa pilihan untuk satu slot dalam Galaksi Kampus.Once dah publish semua nanti saya buat satu entry khas pasal Galaksi Kampus ni ya.
Oh ya,masa cuti raya hari tu sempat pergi Pulau Aman.Dekat Pulau Pinang.
Cantik tempatnya.Tapi pulau ni takla besar mana.Even kenderaan yang boleh digunakan dekat pulau tu cuma motosikal dan basikal je.Laluan pejalan kaki selebar lebih kurang 4 kaki disediakan untuk kemudahan pelancong di Pulau Aman.Eh dah macam blog pelancongan pulak dah.Hehe.Maklumat lanjut awak-awak semua boleh terjah kat
sini ya.
Some of the picture taken there.Gambar bawah ni yang warna putih tu sebenarnya kulit-kulit kerang.
nah gambar tuan blog bersama lesung
batu pipitnya.In case kalau korang rindu.
till then,XOXO,
Erynn Anyssa.